Pri-Hibah
Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.
Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
- Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
- Hanya pemberian daripada ibu/bapa boleh dibatalkan.
- Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.
Kelebihan membuat Pri-Hibah
- Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
- Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
- Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
- Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.
*Deklarasi Hibah hanya boleh dibuat sekiranya penerima tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut semasa deklarasi dibuat.
No comments:
Post a Comment