Monday, 23 September 2013

Pelan insurans/takaful Penyakit Kritikal Tambahan Perlindungan kepada Insurans Perubatan


Perlindungan insurans Penyakit Kritikal (CI) memberikan anda manfaat sekali gus (berserta nilai tunai atau dividen, jika ada) apabila anda didapati menghidap mana-mana daripada 36 penyakit kritikal seperti yang ditakrifkan dalam polisi anda (anda boleh merujuk kepada laman sesawang LIAM di www.liam.org.my untuk senarai penyakit tersebut serta takrifnya).

Apa yang perlu anda ketahui di sini ialah, apabila anda didiagnosis dengan penyakit tertentu, ia mestilah dibuktikan melalui ujian perubatan atau kriteria tertentu untuk melayakkan anda membuat tuntutan yang sah.
Mungkin inilah yang sering kali berlaku pertikaian, terutamanya berkenaan dengan takrif penyakit. Contoh yang lazim ialah kanser. Walaupun kanser dinyatakan sebagai salah satu daripada penyakit yang dilindungi di bawah polisi insurans CI, tetapi ia bergantung kepada tahap atau malignansi penyakit kanser tersebut.

Polisi CI yang membayar kepada anda secara sekali gus adalah berbeza dengan polisi Insurans Hospital dan Pembedahan (HIS). Polisi HIS pada umumnya akan membayar ganti perbelanjaan kos perubatan semasa anda dimasukkan ke hospital (kecuali pembedahan harian). Kedua-dua jenis polisi ini tidak bertindan kerana satu polisi menggantikan kehilangan pendapatan yang mungkin dialami akibat penyakit kritikal yang ditakrifkan itu, manakala polisi yang satu lagi membayar ganti perbelanjaan kos.

Polisi HSI dan CI ini sebenarnya saling lengkapmelengkapi dan anda dinasihatkan supaya memiliki kedua-dua jenis perlindungan ini dalam portfolio anda. Polisi HSI boleh melindungi anda untuk keadaan yang berkaitan dengan penyakit bukan kritikal juga, seperti apendisitis atau rawatan kanser tahap awal yang tidak
dilindungi di bawah polisi CI.

Polisi CI pula membayar jumlah wang sekali gus kepada anda (bukan kepada hospital) untuk digunakan
sebagai perbelanjaan selepas keluar hospital, seperti rawatan perubatan yang berterusan atau perbelanjaan yang tidak dilindungi oleh polisi HSI anda seperti kos membeli organ untuk pemindahan organ.

Justeru, mempunyai salah satu sahaja daripada keduadua polisi ini samalah seperti mempunyai garpu tanpa
sudu.

Sekiranya anda telah dilindungi oleh majikan, seelokeloknya anda mempunyai polisi HSI dan CI anda sendiri kerana perlindungan majikan anda hanya boleh dipakai semasa anda masih bekerja. Apabila anda meletakkan jawatan atau bersara, anda mungkin tidak mempunyai sebarang perlindungan lagi, dan mungkin
juga sudah terlambat untuk membelinya pada ketika itu. Jadi, sebaik-baiknya ambillah perlindungan insurans semasa anda masih boleh diinsuranskan, iaitu ketika masih sihat walafiat!

source : buletin Ringgit

No comments:

Post a Comment