Thursday, 23 October 2014

Optimumkan pulangan dari simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda

Optimumkan pulangan dari simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 
anda yang memberikan dividen sekitar 6-7% setahun dengan melaburkan sebahagiannya 
dalam dana-dana unit amanah Islam yang diurus oleh CWA dll yang berpotensi dan terbukti 
memberi pulangan sebanyak 20-30% setahun (purata berdasarkan prestasi pulangan
(3-5 tahun lepas), insya Allah.

KWSP membenarkan ahli mengeluarkan 20% dari jumlah yang layak dari akaun 1 KWSP 
ahli setiap 3 bulan untuk tujuan pelaburan dalam dana unit amanah Islam yang terpilih.


Melabur melalui Skim Pelaburan KWSP juga tidak memerlukan transaksi wang tunai. 
Pelaburan diurusniagakan terus daripada Akaun 1 anda. Sebarang penjualan unit, 
pelaburan mahupun untung juga tidak dapat terus ke tangan anda melainkan ia 
balik semula ke dalam Akaun 1 KWSP anda.  Anda hanya boleh mengeluarkan kesemua
hasil pelaburan tersebut apabila berumur 55 tahun nanti

72% daripada pesara KWSP yang mengeluarkan simpanan mereka pada ketika
 umur 55 tahun, menghabiskan kesemua simpanan tersebut dalam masa 3 tahun sahaja."
~ Pengerusi Lembaga KWSP,Tan Sri Abdul Halim Ali
























Syarat-syarat
1) Minimum setiap kali pengeluaran ialah RM1,000.00
2) Jumlah yang boleh dilaburkan ialah 20% daripada baki yang melebihi Simpanan Asas 
yang diperlukan dalam Akaun 1.
(Jumlah Akaun 1 -  Simpanan Asas yang diperlukan) x 20%
3) Anda dibenarkan membuat pengeluaran berkala setiap 3 bulan selepas pengeluaran
 pertama.

Bagaimana caranya untuk saya mengeluarkan wang KWSP untuk 

membuat pelaburan dalam unit amanah Islam?


Langkah-langkah...
1) Berapa umur anda sekarang?
2) Berapakah jumlah Akaun 1 KWSP anda?
3) Berapakah simpanan Asas yang diperlukan dalam Akaun 1? (Sila Rujuk Jadual
 Simpanan Asas Akaun yang ditetapkan oleh KWP seperti yang tertera pada
4) Berapakah jumlah yang boleh anda keluarkan untuk membuat pelaburan?
5) Adakah anda layak melabur?

JAWAPAN & PENGIRAANContoh...
1) Umur saya = 35 tahun
2) Jumlah Akaun 1 KWSP saya = RM60,000
3) Merujuk jadual di atas pada umur 35 tahun, Simpanan Asas yang diperlukan dalam
Akaun 1 = RM29,000

4) Pengiraan:
= (Jumlah Akaun 1 - Simpanan Asas Yang Diperlukan) x 20%
= (RM60,000 - RM29,000) x 20%
= (RM31,000) x 20%
= RM6,200

5) Ya, anda layak kerana jumlah wang dari Akaun 1 yang boleh dilaburkan melebihi 
syarat nilai minimum(RM1,000).

Untuk maklumat lanjut hubungi perunding pelaburan dan kewangan Islam anda:

Nur Hafiyah Nordin
Perunding Pelaburan & Kewangan Islam
email: celikkewangan@gmail.comSMS: 019-241 0746

Pelaburan halal, pengurusan profesional, pulangan sangat memuaskan...insya Allah.

Saturday, 4 October 2014

Penjagaan Harta Kanak-Kanak

Penjagaan Harta Kanak-Kanak


Penjagaan ialah pengurusan yang dilakukan oleh seorang yang dewasa terhadap diri dan harta kanak-kanak, atau diri dan harta orang yang tidak berupaya (gila,dungu).
Mengikut pandangan Islam, Penjaga dan Hadhinah (custody) mempunyai hak dan tanggungjawab yang berbeza. Kaum kerabat sebelah bapa(lelaki) lebih di beri keutamaan untuk memikul tanggungjawab sebagai penjaga sementara kaum kerabat sebelah ibu mempunyai keutamaan untuk menjadi Hadhinah kepada kanak-kanak.
Terdapat dua kategori penjagaan:
  • Penjagaan terhadap harta (seperti menyewakan harta, menggadaikan, harta orang yang dibawah jagaannya dengan syarat ianya memberi manfaat kepada orang yang di bawah jagaannya) dan
  • Penjagaan terhadap diri (seperti bertanggungjawab terhadap pendidikannya, kesihatannya, dan memberi persetujuan dalam meng’aqad nikah perempuan yang di bawah jagaannya)

Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) s.88, yang mana ia mengikut Mazhab Syafie, keutamaan untuk menjadi penjaga adalah mengikut urutan berikut:
  • Bapa
  • Datuk lelaki di sebelah bapa
  • Wasi yang dilantik menurut Wasiat bapa
  • Wasi kepada wasi bapa
  • Wasi datuk di sebelah bapa
  • Wasi kepada wasi datuk di sebelah bapa

Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan sebagai penjaga kepada harta kanak-kanak.

Wakaf

Wakaf


Dari segi bahasa Wakaf bermaksud penahanan. Menurut istilah undang-undang Wakaf adalah pemberian yang tidak boleh dibatalkan, dibuat secara nyata atau tersirat dan harta diberi untuk tujuan kebajikan untuk mendapat pahala dari Allah.
Hadith berikut dipetik daripada Sahih al Bukhari (Jilid 4 Bab.29. Ms. 27) mencatatkan authoriti membuat wakaf.
Diriwayatkan oleh Ibn Umar. Ketika Umar mendapat sebidang tanah di Khaibar (melalui peperangan), dia telah bertanya kepada Rasulullah, Aku dapat satu tanah di Khaibar, aku belum pernah dapat tanah yang lebih berharga daripada tanah tersebut, apakah nasihatmu kepadaku? Maka sabda Rasulullah "Kalau kamu mahu, simpanlah ia sebagai wakaf untuk digunakan bagi tujuan kebajikan." Maka, Saidina Umar pun memberi tanah tersebut untuk kebajikan kepada fakir, kaum kerabat, hamba abdi, tetamu-tetamu dan orang yang bermusafir dengan syarat tanah tersebut tidak dijual, tidak dihibah, dan tidak diwarisi. Tidak menjadi kesalahan bagi orang yang mentadbirnya untuk memakan dan memberi makan kepada orang lain daripada hasilnya sekadar keperluannya dengan syarat dia tidak menjadikan tanah tersebut hartanya

Dipetik daripada Sahih Al-Bukhari
(Jilid 4 m/s 27)
Wakaf boleh di buat untuk berkuat kuasa semasa hidup atau hanya selepas kematian pembuatnya melalui Wasiat. Pemegang Amanah bagi Wakaf mesti dilantik untuk mentadbir harta wakaf itu dan kebanyakkan Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri memberi mandat hanya kepada Majlis Agama Islam untuk bertindak sebagai pemegang Amanah.
Perkhidmatan Wakaf yang terdapat di as-Salihin
  • Khidmat nasihat dalam pembentukkan Wakaf
  • Penyediaan Perjanjian/ Dokumentasi Wakaf


Pri-Niaga

Pri-Niaga


Pri-Niaga = perancangan untuk memastikan kelancaran pindahmilik dan kesinambungan hak perniagaan apabila berlaku situasi tertentu

Konsep

Merancang strategi untuk keluar apabila berlakunya kematian, ketidakupayaan, penyakit yang kritikal ataupun persaraan untuk:
  • Memastikan pemindahmilikan hak perniagaan dan kesinambungan berjalan dengan lancar.
  • Melindungi dan memelihara nilaian perniagaan semasa penjualan.

Dengan Pri-Niaga, perkara yang perlu diambil kira ialah:
  • Perjanjian terhadap nilaian perniagaan
  • Mekasnisma pembayaran/pembiayaan
  • Situasi penguatkuasaan diperjelas dalam perjanjian
  • Pengagihan hasil penjualan ditentukan oleh pemilik perniagaan

Kelebihan Pri-Niaga

  • Harga jualan syer telah dipersetujui awal oleh pemegang-pemegang syer/rakan kongsi
  • Perlindungan kewangan kepada waris
  • Mekanisma pembiayaan syer telah ditentukan
  • Waris yang tinggal tidak akan terlibat dalam perniagaan (sekiranya tidak berminat) apabila pemegang syer yang tinggal mengambil alih perniagaan
  • Perniagaan boleh dijalankan seperti biasa dan pelanggan/ pembekal mendapat jaminan dari kesinambungan perniagaan yang terjamin

Tanpa Pri-Niaga

Rakan kongsi yang tinggal menghadapi kesukaran dari segi kewangan untuk membeli syer. Waris akan terlibat dalam perniagaan:
  • Tiada pengalaman
  • Tidak bersepakat dengan rakan kongsi yang lain/wujud perselisihan faham dengan rakankongsi yang lain tentang bagaimana perniagaan harus dijalankan
  • Tidak berminat dengan perniagaan tersebut.


Pri-Hibah

Pri-Hibah

Hibah ialah pemberian aset kepada seseorang yang lain tanpa balasan daripada sebelah pihak (penghibah) dan penerimaan daripada sebelah pihak (penerima hibah). “Pri-Hibah” adalah produk as-Salihin yang menggunapakai “Hibah” sebagai satu mekanisma untuk menjamin hak anak-anak setlor. Ianya adalah suatu pemberian.
Apa itu Pri-Hibah

Pri-Hibah ialah deklarasi hibah yang dilakukan oleh pemilik aset yang menyatakan bahawa beliau memberi aset tersebut kepada benefisiari dan beliau memegang aset tersebut untuk kepentingan benefisiari. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.
Ciri-ciri Pri-Hibah di as-Salihin
  • Berkuatkuasa serta merta selepas deklarasi dibuat.
  • Hanya pemberian daripada ibu/bapa boleh dibatalkan.
  • Tidak tertakluk kepada hukum Faraid akan tetapi mengikut terma di dalam Deklarasi Hibah.

Kelebihan membuat Pri-Hibah
  1. Aset Pri-Hibah tidak dianggap sebagai harta pusaka penghibah (kerana ia memberi kesan serta merta mengikut terma dan syarat di dalam Deklarasi Hibah) oleh itu ianya terkeluar dari undang-undang pembahagian Faraid. Ia boleh digunakan sebagai instrument untuk membuat pembahagian samarata untuk anak-anak.
  2. Setlor mempunyai kuasa untuk membatalkan Hibah.
  3. Setlor boleh memastikan benefisiari dijaga walaupun beliau dalam keadaan tidak berupaya.
  4. Setlor masih boleh menerima manfaat aset Pri-Hibah semasa beliau masih hidup dan boleh melantik seseorang untuk menjadi penjaga kepada manfaat kanak-kanak tersebut.

*Deklarasi Hibah hanya boleh dibuat sekiranya penerima tersebut boleh menerima manfaat aset tersebut semasa deklarasi dibuat.

Deklarasi Harta Sepencarian

Deklarasi Harta Sepencarian


Apakah Harta Sepencarian?

Harta yang diperolehi oleh suami dan isteri semasa perkahwinan yang sah dianggap sebagai "Harta Sepencarian". Oleh itu, pasangan suami/isteri yang masih hidup berhak untuk menuntut harta sepencarian dalam bahagian harta simati sebelum pembahagian harta mengikut prinsip Faraid dilakukan.

Perkhidmatan Harta Sepencarian Di As-Salihin

Kadang-kadang berlaku keadaan di mana benefisiari simati tidak bersetuju  dengan  tuntutan Harta Sepencarian oleh pasangan suami/isteri selepas kematian suami/isteri. Untuk mengelakkan masalah ini dan lain-lain masalah yang tidak diingini berlaku dikalangan benefisiari selepas kematian, as-Salihin menyediakan dokumen yang mampu untuk mengelakkan masalah-masalah yang tidak diingini ini berlaku.

Kelebihan Membuat Deklarasi Harta Sepencarian

  • Kedua-dua pihak boleh membuat keputusan dan bersetuju dengan pembahagian masing-masing.
  • Hak suami isteri sentiasa dilindungi sepertimana yang dipersetujui di dalam deklarasi tanpa pertelingkahan.
  • Proses pembahagian yang cepat tanpa perlu membuat tuntutan ke mahkamah.
  • Menjimatkan kos tanpa perlu ke mahkamah untuk membuktikan sumbangan kedua-dua pihak.
  • Tiada pertelingkahan kerana Deklarasi merekodkan persetujuan antara kedua-dua pihak
  • Memudahkan dan memberi keselesaan kerana kehendak semua pihak telah dipenuhi. as-Salihin membuat Deklarasi Harta Sepencarian mengikut pembahagian yang telah mereka persetujui.

Amanah

Amanah

Menurut Islam amanah dikenali sebagai Al-Amanah. Berikut adalah peruntukkan al Quran yang menekankan kepentingan amanah
"Janganlah kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil"
Surah Al-Baqarah ayat 188
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Surah An-Nisa ayat 58
Amanah adalah satu tanggungjawab yang wujud apabila seseorang atau satu entiti yang sah (yang dikenali sebagai pembuat amanah) memindahkan hak pemilikan asetnya secara sah kepada mana-mana orang atau beberapa orang (dikenali sebagai pemegang amanah) untuk memegang harta tersebut bagi kepentingan benefisiarinya samada individu atau sebaliknya. Pemegang Amanah menjadi pemilik yang sah bagi aset amanah apabila aset tersebut dipindahkan kepada mereka. Selepas itu benefisiari menjadi pemilik yang bermanfaat ke atas aset amanah tersebut.
Secara ringkasnya, amanah adalah hak ke atas harta, samada harta tak alih atau sebaliknya, yang di pegang oleh satu pihak untuk kepentingan pihak yang lain.
Bentuk-bentuk Amanah
Amanah boleh wujud dalam salah satu daripada tiga bentuk, dinamakan:
  • Amanah Wasiat (iaitu amanah yang dibina di dalam Wasiat dan ia akan berkuatkuasa selepas kematian pembuat Wasiat).
  • Amanah Statutori (iaitu amanah yang dibina secara automatik oleh undang-undang. Contoh bagi Amanah Statutori ialah jika simati meninggal dunia dan mempunyai benefisiari kanak-kanak samada dia membuat Wasiat atau tiada Wasiat).
  • Amanah Hidup (iaitu amanah yang dibina oleh pembuat Amanah ketika hidup dan ia berkuatkuasa segera apabila ikatan amanah ditandatangani oleh pembuatnya dan harta di serahkan kepada Pemegang Amanah).

Tugas Pemegang Amanah
Peraturan yang ketat ditetapkan undang-undang (seperti yang terkandung di dalam Akta Pemegang Amanah 1949 dan Akta Syarikat Amanah 1949) di kenakan ke atas pemegang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pemegang amanah tetapi tugas yang lebih berat adalah yang ditetapkan oleh al Quran:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui"
Surah Al-Anfal ayat 27
Menurut Yusoff Ali di dalam komennya terhadap ayat di atas,tugas Pemegang Amanah ialah untuk menjaga kepentingan orang yang hartanya dipegang dan menyerahkan semula harta tersebut serta menjelaskannya apabila dikehendaki mengikut terma-terma amanah tersebut. Tanggungjawab sebagai Pemegang Amanah dalam agama Islam adalah lebih berat jika dibandingkan dengan tanggungjawab undang-undang.
Amanah sebagai satu mekanisme di dalam Perancangan Harta Islam.
Melalui konsep hibah (iaitu pemberian menurut Islam) konsep Amanah menurut Islam boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah untuk pendidikan dan saraan hidup. Ia merupakan alat atau cara yang mustahak di dalam Perancangan Harta Islam.
Di as-Salihin kami menawarkan perkhidmatan Pemegang Amanah yang benar-benar menurut Islam dan komprehensif di dalam bidang-bidang berikut:
  • Pendidikan
  • Saraan Hidup
  • Korporat
  • Kebajikan
  • Insurans
  • Takaful/Insurans