Pengagihan Harta (Wasiat)

Apa Itu Perancangan Harta Pusaka

KONSEP PERANCANG HARTA

"Perancangan harta Islam" bermaksud pengurusan harta yang sah dan berkesan dari segi undang-undang dan Hukum Syarak dalam bentuk pengurusan harta seseorang yang mana bukan sekadar untuk mengurangkan kebimbangannya bahkan untuk melaksanakan hasrat terakhir seseorang mengikut hukum syarak selepas kematiannya.

KENAPA PERLU PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM?

  1. Mengelakkan masalah pada Harta Pusaka anda.
  2. Untuk memastikan harta anda di bahagikan kepada orang yang tersayang.
  3. Mengelakkan pertelingkahan di antara ahli keluarga.
  4. Untuk melengkapkan lagi perancangan kewangan anda.

Kebaikan Perancangan Harta Pusaka Islam yang sangat jelas adalah anda boleh membahagikan aset-aset kepada Benefisiari tanpa terhad jumlahnya dan ia tidak melanggar prinsip-prinsip Syari’ah.
Pembahagian harta anda boleh di spesifikasikan untuk kepentingan orang tersayang apabila meninggal dunia kelak serta untuk mendapat ganjaran di dunia dan akhirat.

JENIS PERANCANGAN HARTA YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM

  1. Wasiat
  2. Amanah
  3. Hibah
  4. Wakaf
  5. Sedekah
  6. Harta Sepencarian




Wasiat

Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Aset orang Islam yang meninggal dunia tanpa membuat Wasiat akan diagihkan kepada waris-waris mengikut Faraid iaitu Undang-undang Pewarisan Islam.
Waris telah ditetapkan dalam Islam. Suami,isteri, Ibubapa dan anak-anak yang sah (dengan syarat mereka beragama Islam) tidak terhalang sama sekali daripada mewarisi harta simati. Cucu contohnya, tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi secara automatik dia hanya akan mewarisi harta simati dalam keadaan tertentu. Golongan yang tidak dianggap sebagai waris yang layak mewarisi menurut Islam adalah anak angkat, anak luar nikah, ibu bapa angkat, dan lain-lain lagi.
Islam membenarkan orang Islam menulis Wasiat ke atas satu pertiga daripada hartanya kepada orang yang disayangi samada mereka Islam atau tidak atau untuk kebajikan asalkan ia menurut Syariah.
Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:
"Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala"
Kepentingan Wasiat Mengikut Undang-Undang di Malaysia:

No comments:

Post a Comment